Anwar umum elaun pelajar Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan akan meluluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar Tingkatan Enam menerusi Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan pada Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi memberi perhatian kepada pelajar Tingkatan Enam yang berada dalam kategori pendidikan prauniversiti.

“Saya kata dari Darjah Satu sampai Tingkatan Lima ada elaun, universiti ada elaun. Tingkatan Enam, prauniversiti pun tidak ada.

“Jadi, saya telah umumkan dalam Belanjawan kita bulan Oktober, saya akan luluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Anwar seterusnya berkata, peruntukan pendidikan adalah antara keutamaan kerajaan malah menjadi peruntukan terbesar dalam Belanjawan negara.

“Orang tanya peruntukan. Saya di mana-mana saya bagi tahu, di bawah Kerajaan MADANI peruntukan terbesar dalam belanjawan adalah bidang pendidikan.

“Paling tinggi itulah sebab kita fikir masa depan. Cukup? Belum. Belum cukup,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mahu pengisian kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui usaha meningkatkan mutu pendidikan serta memastikan tiada anak dipinggirkan daripada mendapat peluang pendidikan.

“Tidak harus ada anak yang dipinggirkan. Yang paling miskin di desa harus diberi ruang dan kemudahan. Anak di kampung, desa, pedalaman, estet dan ladang itu harus diberi ruang dan kesempatan,” katanya.

Sementara itu, Anwar meluluskan peruntukan RM200,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang