Tawaran umrah percuma, hadiah RM100,000 di Ekspo Pelancongan Islam

MIRI – Peluang menunaikan umrah secara percuma serta memenangi pelbagai hadiah bernilai hampir RM100,000 menanti pengunjung Festival Ekspo Umrah dan Pelancongan Islam Sarawak 2026 (SUITEX26) di Boulevard Mall bermula 28 hingga 30 Ogos ini.

Acara anjuran Persatuan Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) itu menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

Pengerusi SUHA, Ruzaiman Ghazalee berkata, tawaran istimewa yang disediakan turut merangkumi rebat pakej haji sehingga RM20,000 serta baucar diskaun umrah sehingga 50 peratus.

“Pengunjung tidak perlu membuat sebarang pembelian untuk menyertai cabutan bertuah, sebaliknya mereka hanya perlu mengunjungi empat gerai pameran yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ruzaiman menjelaskan, SUITEX26 bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran perlindungan pengguna di samping mengembangkan lagi potensi sektor pelancongan Islam di negeri tersebut.

Melalui platform berkenaan, masyarakat berpeluang bersemuka dengan agensi pelancongan berlesen bagi mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat keputusan untuk mengelakkan sebarang isu penipuan.

Sebanyak 40 gerai pameran dibuka membabitkan pelbagai agensi yang turut mempromosikan tawaran pakej perjalanan mesra Muslim ke destinasi antarabangsa.

Selain pameran, acara tersebut turut diisi dengan program ceramah agama, pemeriksaan kesihatan percuma, dan pelancaran buku panduan solat harian.

Kemuncak penganjuran bakal diserikan dengan majlis perasmian penutup pada 30 Ogos yang akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan