Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

SERDANG – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari diberi amanah untuk meneliti kemungkinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu ketika mengulas berkenaan pertemuan Amirudin dengannya yang sebelum ini dimaklumkan Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

“Itu Amir (Amiruddin), kita dah bagi amanah kepada Amir,” kata Anwar kepada pemberita selepas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata pertemuannya dengan Menteri Besar Selangor itu tidak membabitkan perbincangan mengenai politik, sebaliknya berkaitan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

“Jumpa MB Selangor pasal Sukan Malaysia (SUKMA). Masa sukan mana ada masa politik,” katanya.

Mengenai kemungkinan kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada PRN Melaka, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata ruang untuk perkara itu sentiasa terbuka.

“Ruang kerjasama… ini biasa kerjasama. Ini semua bekerjasama,” ujarnya.

Terdahulu, Fahmi mengesahkan Amirudin bertemu Anwar bagi membincangkan kemungkinan kerjasama antara PH dan BN menjelang PRN Melaka.

Sebelum ini, Anwar berkata Jawatankuasa Pilihan Raya PH akan memperhalusi potensi kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Jawatankuasa berkenaan dipimpin Amirudin bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Related Posts

Tempoh idah PRU16 belum sampai

KULIM – Kerajaan Perpaduan ketika ini belum lagi memasuki tempoh ‘idah’ untuk membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menghormati hak UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dan ia tidak perlu dipersoalkan. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia