SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7, Wilayah Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, maklumat itu diterima daripada Pengerusi Pertubuhan Badan Bertindak Generasi Palong (PERBAGI), Mohd Syahrizal Md Yusuf.

Menurut SPRM, maklumat berkenaan membabitkan program pembangunan yang dilaporkan memberi manfaat kepada kira-kira 450 peneroka.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk aspek pembekalan, penghantaran, penyimpanan, umur serta pematuhan spesifikasi anak benih sawit yang dibekalkan.

“SPRM mengambil maklum dakwaan serta kebimbangan yang dibangkitkan dan akan meneliti maklumat terbabit bagi menentukan sama ada terdapat sebarang elemen yang mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah bidang kuasa agensi ini,” katanya.

SPRM turut mengambil perhatian terhadap permohonan supaya aspek teknikal berkaitan kualiti dan pematuhan spesifikasi anak benih diperiksa oleh agensi teknikal berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan hasil penelitian dan maklumat yang diperoleh,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM menegaskan penerimaan maklumat berkenaan tidak bermaksud mana-mana pihak telah melakukan kesalahan.

“Ia tidak wajar dianggap sebagai satu kesimpulan terhadap mana-mana individu atau pihak yang terbabit,” katanya.

Perkembangan itu susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu yang menegaskan setiap kelemahan dan permasalahan dalam pengurusan FELDA sebelum ini perlu disusuli tindakan tegas bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Anwar berkata, setiap penemuan dan kelemahan yang dikenal pasti perlu diperbaiki serta diikuti tindakan sewajarnya bagi memperkukuh tatakelola dan pengurusan FELDA.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap