Penguatkuasaan dibuat selepas notis pengosongan dikeluarkan sejak Januari – MPNPs

KANGAR – Tiada sebarang permohonan dikemukakan bagi membina kuil baharu di tapak Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi yang dirobohkan Khamis lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs), Affendi Rajini Kanth berkata, tindakan penguatkuasaan di kawasan berkenaan dibuat selepas beberapa notis pengosongan dikeluarkan kepada pihak terbabit sejak Januari lalu.

Katanya, notis pertama dikeluarkan pada 23 Januari sebelum dua lagi notis menyusul masing-masing pada 10 dan 19 Jun.

“Bagaimanapun, tiada tindakan diambil untuk mengosongkan kawasan berkenaan walaupun notis sudah diberikan.

“Struktur kuil itu juga didapati berada dalam keadaan tidak terurus dan kelihatan kosong berdasarkan pemerhatian di lokasi,” katanya.

Menurut Affendi, operasi perobohan dilaksanakan kira-kira pukul 8.30 pagi Khamis lalu mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan kesalahan terhadap mana-mana pihak yang menduduki atau mendirikan bangunan di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.

Katanya, operasi berkenaan diketuai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPs) dengan kerjasama MPNPs, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Kerajaan Tempatan, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Perlis.

Polis turut terlibat bagi memastikan aspek keselamatan sepanjang operasi dijalankan.

Sebelum ini, kerajaan negeri menerusi PPTGPs memaklumkan tindakan pengusiran akan diambil terhadap penempatan setinggan di Bukit Lagi yang diduduki secara tidak sah sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan