Suri rumah rugi RM317,000 terpedaya sindiket bomoh di Sibu

SIBU – Seorang suri rumah warga emas berputih mata selepas kerugian kira-kira RM317,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan rawatan tradisional atau bomoh di Pasar Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 70-an itu tampil membuat laporan polis pada Ahad.

Menurut beliau, siasatan mendapati kejadian bermula pada 19 Julai lalu apabila mangsa didatangi seorang wanita tidak dikenali yang bertanyakan lokasi kedai ubat tradisional Cina bagi mendapatkan ubat untuk ibu mentuanya.

“Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita yang dipercayai mempunyai loghat bercakap yang sama menghampiri mangsa sebelum menawarkan untuk membawa mereka ke sebuah kedai yang didakwa milik saudaranya.

“Mangsa kemudiannya dibawa menaiki sebuah kenderaan dan di pertengahan jalan, salah seorang suspek mendakwa mampu menilik wajah mangsa lalu menakut-nakutkannya dengan ramalan bahawa anak mangsa akan terlibat dalam kemalangan jalan raya serius pada hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Abang Zainal Abidin menjelaskan, suspek terus menawarkan satu upacara perlindungan dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai serta barang kemas bagi menjayakan ritual berkenaan. 

Akibat panik dan bimbang akan keselamatan nyawa anaknya, mangsa akur mempercayai kata suspek lalu menyerahkan kesemua harta tersebut yang dianggarkan bernilai RM317,000.

Tegas beliau, kes penipuan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagi mengelakkan insiden yang sama berulang, pihak polis menyeru orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menawarkan rawatan tradisional, ritual atau upacara membuang sial. 

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang janji atau ugutan yang direka khusus untuk mencetuskan rasa panik serta cemas.

Sekiranya berhadapan dengan situasi penipuan atau pemerasan, mangsa digesa untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mendapatkan bantuan lanjut. 

Selain itu, masyarakat amat digalakkan untuk sentiasa membuat semakan awal terhadap nombor akaun bank dan nombor telefon bimbit yang diragui menerusi portal dalam talian Semak Mule CCID.

Pihak polis turut menyarankan orang awam agar sentiasa peka dan mengikuti maklumat serta taktik penipuan terkini jenayah komersial menerusi laman Facebook rasmi @CyberCrimeAlertRMP dan @JSJKPDRM.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX