FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang diberikan kepada FINAS menerusi pindaan undang-undang bukan sekadar untuk menambah bidang tugas agensi itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan perlu digunakan bagi membangunkan industri dan menjaga kepentingan penggiatnya.

“Pindaan undang-undang bukanlah matlamat akhir. Yang lebih utama ialah bagaimana kuasa dan tanggungjawab tersebut digunakan untuk membina industri yang lebih teratur.

”Ini juga melindungi kepentingan pekerja serta memastikan FINAS kekal relevan dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Menara FINAS Damansara yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Damansara Damai, pada Isnin.

Tambah beliau, perubahan pesat dalam industri kandungan termasuk kemunculan platform digital dan perkhidmatan penstriman memerlukan FINAS turut bergerak mengikut perkembangan tersebut.

“Pindaan ketiga Akta FINAS yang diluluskan Parlimen tahun lalu antara lain memperluas skop agensi berkenaan supaya lebih sesuai dengan perubahan cara kandungan dihasilkan, diedarkan dan ditonton,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu urusan pelesenan dan permohonan dana dipermudah, selain maklum balas kepada pemain industri diberikan dalam tempoh yang lebih pantas.

“Saya menetapkan tiga jangkaan operasi kepada FINAS, iaitu mempermudah urusan industri melalui proses pelesenan, dana dan maklum balas yang lebih pantas, jelas serta telus.

“Kedua, memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di Menara FINAS dan Kompleks Studio Merdeka dan ketiga, membangunkan ekosistem yang mampan,” katanya

Fahmi berkata, kebajikan tenaga kerja dalam industri kreatif juga tidak boleh dipinggirkan ketika industri berkembang.

Menurutnya, kerajaan mahu tenaga kreatif yang profesional, kompeten dan dilindungi, termasuk melalui kontrak standard industri, pembayaran yang adil, perlindungan sosial serta peluang pendidikan berterusan.

Beliau berkata, proses pelesenan juga akan dipermudah dan didigitalkan tanpa menjejaskan kebajikan pekerja.

“Ukuran kejayaan pelbagai dana yang disediakan kerajaan tidak seharusnya hanya berdasarkan jumlah peruntukan yang disalurkan.

“Ukuran kejayaan dana ini mestilah pada karya yang siap, bakat yang berkembang dan pasaran yang berjaya ditembusi.

“Kemudahan baharu di Menara FINAS perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengukuhkan industri filem, televisyen dan kandungan OTT negara,” katanya.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera