Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar berkata, kajian berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau berkata, hasil kajian bagi PLKN 3.0 Siri 2/2026 menunjukkan kesemua enam indikator utama yang dinilai mencatat peningkatan selepas pelatih menamatkan latihan.

“Skor purata keseluruhan meningkat daripada 74.35 peratus sebelum latihan kepada 87.44 peratus selepas latihan, iaitu peningkatan 13.10 mata peratus.

“Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PLKN 3.0 bukan sekadar memberi pendedahan kepada latihan ketenteraan asas, malah berperanan membentuk pelatih yang lebih berdisiplin, berdaya tahan dan kompeten,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 3/2026 di sini hari ini.

Menurut Marzuki, enam indikator yang dinilai ialah patriotisme dan kesetiaan, perpaduan dan toleransi, disiplin dan transformasi diri, ketahanan mental dan kesiapsiagaan, kompetensi ketenteraan serta kesukarelawanan.

Katanya, peningkatan tertinggi direkodkan bagi kompetensi ketenteraan apabila melonjak 27.51 mata peratus daripada 56.92 kepada 84.43 peratus.

Disiplin dan transformasi diri pula meningkat 15.24 mata peratus kepada 92.60 peratus, manakala ketahanan mental dan kesiapsiagaan naik 11.86 mata peratus kepada 83.54 peratus.

Perpaduan dan toleransi meningkat 9.82 mata peratus kepada 91.50 peratus, kesukarelawanan meningkat 7.80 mata peratus kepada 83.60 peratus manakala patriotisme dan kesetiaan naik 6.35 mata peratus kepada 88.98 peratus.

Pada Siri 3/2026, seramai 795 pelatih menamatkan latihan yang bermula pada 11 Julai lalu membabitkan 106 pelatih wanita di Kem 504 Perlis, 442 pelatih lelaki di Kem 505 Pekan, Pahang dan 247 pelatih wanita di Kem 515 Kuala Lumpur.

Kesemua pelatih yang menamatkan latihan turut menerima Sijil Tamat Latihan dan secara rasmi diiktiraf sebagai anggota Angkatan Khidmat Negara.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan