Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap pada Majlis Penutupan SUKMA Selangor 2026 di Aneka Walk, Seksyen 14, di sini malam ini.

Kejayaan itu menyaksikan kontinjen Selangor yang dikenali sebagai Merah Kuning menamatkan saingan dengan 101 pingat emas, 73 perak dan 71 gangsa, keseluruhannya 245 pingat.

Pencapaian berkenaan turut menyaksikan Selangor melepasi sasaran awal 80 pingat emas yang ditetapkan sebelum temasya bermula.

Selangor meninggalkan pencabar terdekat, Wilayah Persekutuan di tempat kedua dengan 51 emas, diikuti Terengganu dengan 43 emas dan Sarawak sebanyak 41 emas.

Sebelum ini, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, memaklumkan sebarang keputusan berhubung cuti peristiwa susulan kejayaan kontinjen negeri itu hanya akan diumumkan secara rasmi pada majlis penutupan SUKMA.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX