Kerajaan Perlis perlu jelaskan status tanah, notis kuil Bukit Lagi – DAPSY

KANGAR – Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta menjelaskan secara terbuka status tanah, kelulusan pembinaan, notis serta proses penguatkuasaan membabitkan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi di sini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perlis, Danial Suhaimi berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan masyarakat mendapat gambaran sebenar mengenai isu berkenaan dan tidak bergantung kepada spekulasi atau maklumat yang tidak disahkan.

“Sekiranya terdapat isu berkaitan status tanah, kelulusan pembinaan atau pematuhan syarat yang ditetapkan, perkara tersebut perlu ditangani melalui saluran pentadbiran dan undang-undang yang sewajarnya.

“Kerajaan negeri dan PBT juga perlu memberikan penjelasan sewajarnya berhubung status tanah, kelulusan, notis serta proses penguatkuasaan yang telah dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Danial, setiap keputusan serta tindakan pihak berkuasa perlu berlandaskan undang-undang tanah, peraturan PBT, kebenaran merancang dan prosedur penguatkuasaan yang berkuat kuasa.

Katanya, penguatkuasaan pada masa sama perlu dilaksanakan secara adil, telus dan konsisten tanpa diskriminasi terhadap mana-mana pihak berdasarkan kaum atau agama.

Beliau berkata, pihak berkepentingan juga sewajarnya diberikan ruang mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan sebarang pertikaian melalui saluran yang betul.

Dalam pada itu, Danial menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan isu berkenaan sebagai ruang memainkan sentimen kaum dan agama sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

Katanya, sebarang perbezaan pandangan perlu disuarakan secara matang dan bertanggungjawab dalam kerangka undang-undang.

Isu Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi sebelum ini mencetuskan polemik selepas tindakan perobohan struktur berkenaan mendapat reaksi daripada beberapa pihak termasuk pemimpin politik dan agamawan.

  • Related Posts

    AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

    KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

    KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

    Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

    AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

    AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

    Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

    • By Ezmie
    • September 16, 2026
    Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

    Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

    Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

    PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

    PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

    Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

    Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera