MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan negara.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah berkata, program itu memberi pendedahan secara langsung kepada pemimpin pelajar sekolah menengah dari Parlimen Paya Besar mengenai proses pembentukan, pelaksanaan dan penilaian dasar awam.

“Berteraskan empat tonggak iaitu Teknologi, Kemanusiaan, Inovasi dan Kemampanan, program ini menggabungkan pembelajaran akademik, perbincangan isu semasa, kajian kes serta simulasi institusi dasar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Paya Besar.

Program itu berlangsung di The EAST Paya Besar yang merupakan sebuah pusat sehenti berperanan sebagai pusat komuniti dan pusat ilmu masyarakat Paya Besar.

“Kurikulum MyFuture Policy Lab turut diselaraskan dengan kerangka pembangunan utama negara dan antarabangsa, termasuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), ASEAN Community Vision 2045 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami isu pembangunan daripada perspektif tempatan, nasional, serantau dan global.

“Antara pengisian utama ialah sesi ‘Apakah Itu Dasar?’ bersama Pensyarah Kanan (Polisi) Universiti Malaya, Prof Madya Dr Hairani Abd Rahman yang membincangkan kajian kes berkaitan isu belia seperti kesihatan mental, buli siber, kelestarian alam serta literasi kewangan dan digital,” kata kenyataan itu.

Mohd Shahar menjelaskan, MyFuture Policy Lab disasar berkembang sebagai inkubator dasar belia bagi melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi, berpandangan global namun tetap berakar pada realiti masyarakat setempat.

“Kita mahu anak-anak Paya Besar bukan sekadar menjadi pengguna dasar, tetapi memahami bagaimana dasar dibentuk, diperdebatkan dan dilaksanakan.

“Lebih penting, kita mahu mereka mempunyai keberanian untuk membawa idea dan penyelesaian kepada masalah masyarakat,” katanya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX