PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PADANG BESAR – Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan diperluaskan dengan penggunaan lebih banyak kem Askar Wataniah selain menaik taraf kem sedia ada bagi menampung penyertaan pelatih pada masa akan datang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata, langkah itu selaras dengan usaha meneruskan program berkenaan yang dilihat mampu membentuk disiplin, keyakinan serta kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

“PLKN akan diteruskan dan kita akan gunakan lebih banyak kem Askar Wataniah selain menaik taraf beberapa kem yang sedia ada.

“Kita mahu memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak muda untuk melalui proses ini kerana ia bukan sahaja soal latihan, tetapi turut membentuk kepimpinan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 3/2026 PLKN 3.0 di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri di sini.

Menurut Johari, perubahan peserta selepas menjalani latihan selama 45 hari dapat dilihat dengan jelas terutama dari segi keyakinan, kemampuan memberi arahan dan mengendalikan tugasan.

“Tengok cara dia kawal, cara dia bagi perintah. Dari mula-mula kita buat siri pertama sampai sekarang, pasti ada peningkatan.

“Jadi saya kira kita mengambil tindakan yang betul, memberikan peluang untuk anak-anak kita didedahkan dengan apa erti kepimpinan,” katanya.

Johari berkata, generasi muda perlu dipersiapkan lebih awal kerana mereka bakal mengambil alih tanggungjawab memimpin dan menjaga negara pada masa hadapan.

Katanya, matlamat utama PLKN adalah melahirkan generasi berwibawa yang mempunyai semangat menjaga keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara.

Pada Siri 3/2026, seramai 795 pelatih berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 11 Julai lalu secara serentak di tiga Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN).

Jumlah itu membabitkan 106 pelatih wanita di CLKN 504, Perlis; 442 pelatih lelaki di CLKN 505, Pahang dan 247 pelatih wanita di CLKN 515, Kuala Lumpur.

Tiga pelatih turut menerima Anugerah Wira Muda Ulung iaitu An’nur Najiha Muhammad Shahidan dari CLKN 504, Muhammad Firdaus Muhammad Said dari CLKN 505 dan Cheyenne Alessandra Michael dari CLKN 515 atas prestasi cemerlang sepanjang latihan.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar