Cuti peristiwa Selangor hanya diumum malam ini

SHAH ALAM – Pengumuman rasmi berhubung cuti peristiwa sekiranya Selangor muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 hanya akan dibuat pada Majlis Penutup SUKMA malam ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman itu akan dibuat bermula jam 8 malam.

Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung cuti peristiwa hanya akan diumumkan secara rasmi pada majlis berkenaan.

“Insya-Allah, sebarang pengumuman rasmi berkenaan Cuti Umum Peristiwa (sekiranya ada) hanya akan dibuat pada Majlis Penutup Kejohanan SUKMA 2026 pada 24 Ogos, jam 8 malam nanti.

“Oleh itu, sila ambil maklum bahawa poster yang telah tersebar ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Amirudin berkata demikian susulan penularan infografik yang mendakwa 24 Ogos telah diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh Selangor.

Beliau menegaskan, setakat ini, 24 Ogos masih kekal sebagai hari bekerja di Selangor sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Sebelum ini, kerajaan Selangor dilaporkan akan mempertimbangkan cuti peristiwa sekiranya kontinjen negeri itu berjaya muncul juara keseluruhan SUKMA Selangor 2026.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, perkara itu akan dimuktamadkan selepas kedudukan kutipan pingat keseluruhan diketahui malam ini.

Beliau berkata, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Amirudin untuk pertimbangan.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam