PKR terancam pupus? Hassan Karim gesa parti cari jalan pemulihan

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) perlu melakukan muhasabah dan mencari jalan pemulihan susulan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, keputusan dua PRN berkenaan menunjukkan naratif yang dibawa PKR dan Pakatan Harapan (PH) gagal diterjemahkan kepada sokongan pengundi, sekali gus perlu menjadi perkara serius untuk diberi perhatian kepimpinan tertinggi parti.

Hassan yang juga ahli PKR berkata, pada PRN Johor 11 Julai lalu, parti itu hanya memenangi satu daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi, iaitu di Puteri Wangsa.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persoalan mengapa pencapaian pembangunan ekonomi, peningkatan pelaburan, projek infrastruktur mega serta kerjasama ekonomi Johor-Singapura yang didakwa hasil sokongan Kerajaan Persekutuan gagal diterjemahkan kepada undi.

“Lebih spesifik, kenapa daripada 20 calon PKR bertanding, hanya satu kerusi sahaja yang menang?

“Soalan yang lebih sukar hendak dijawab, mengapa hanya enam peratus sahaja orang Melayu yang mengundi PKR dalam PRN Johor baru-baru ini?” katanya dalam analisis bertajuk PKR: Adakah Spesies Yang Terancam?’ di Facebook malam tadi.

Hassan berkata, prestasi PKR di Negeri Sembilan juga tidak banyak berubah apabila parti itu gagal mempertahankan momentum meskipun negeri berkenaan sebelum pembubaran DUN ditadbir kerajaan PH dengan Menteri Besar daripada PKR.

Katanya, naratif mengenai rekod prestasi kerajaan PH Negeri Sembilan sepanjang lapan tahun, termasuk imej pentadbiran bersih, tatakelola baik serta pencapaian ekonomi dan pembangunan, tetap gagal meraih sokongan mencukupi daripada pengundi.

Malah, katanya, Menteri Besar ketika itu turut tewas di DUN Linggi, manakala semua calon Melayu PKR gagal memenangi kerusi yang ditandingi dalam PRN berkenaan.

Hassan berkata, keadaan itu perlu dilihat secara serius kerana PKR mempunyai sejarah perjuangan lebih suku abad dalam membawa agenda keadilan, demokrasi dan reformasi.

Beliau menyifatkan adalah sesuatu yang malang sekiranya parti yang memperjuangkan pembentukan negara bersatu padu untuk rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya akhirnya menjadi “spesies yang terancam”.

Menurutnya, musuh utama PKR bukan parti lawan, sebaliknya kelemahan dalaman parti itu sendiri.

“Prestasi ekonomi yang disokong dengan data-data itu tidak cukup untuk diterjemahkan ke peti undi.

“Isu kepada rakyat bukannya data statistik tetapi adalah keyakinan rakyat kepada kepimpinan negara. Jika keyakinan atau trust itu defisit, maka PKR akan menghadapi masalah bila sampai pilihan raya nanti,” katanya.

Sehubungan itu, Hassan berharap analisisnya mengenai kedudukan PKR itu tidak tepat dan parti berkenaan masih mempunyai masa untuk melakukan perubahan.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung September ini boleh menjadi ujian penting untuk membuktikan kemampuan PKR bangkit semula.

“Jika PKR menghasilkan kejutan dan beroleh kemenangan yang bermaruah di Melaka, maka buangkan sahaja tulisan ini ke tong sampah,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM