MATRADE naikkan sasaran MIHAS 2026 kepada RM5 bilion

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menaikkan sasaran nilai jualan keseluruhan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 kepada RM5 bilion berbanding RM4.5 bilion sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Abu Bakar Yusof, berkata peningkatan sasaran itu dibuat susulan sambutan menggalakkan daripada pembeli dan pengimport antarabangsa serta penyertaan kukuh pemain industri halal tempatan dan luar negara.

“Sasaran awal ialah 300 pembeli, namun jumlah yang diterima setakat ini melebihi 500, termasuk pembeli berulang dan pembeli baharu dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media mengenai Sidang Kemuncak Halal Global (GHAS) 2026 di Menara MATRADE, di sini.

Menurut Abu Bakar, peningkatan jumlah pembeli antarabangsa itu mencerminkan keyakinan berterusan terhadap produk serta pasaran halal Malaysia.

Beliau berkata, pensijilan halal kini tidak lagi tertumpu kepada sektor makanan dan minuman (F&B), sebaliknya merangkumi sembilan skim termasuk farmaseutikal, kosmetik dan peranti perubatan.

“Perkembangan itu menyaksikan semakin banyak syarikat mahu mendapatkan maklumat daripada MATRADE mengenai proses pensijilan halal bagi membolehkan produk mereka dipasarkan di Malaysia, selain dieksport ke pasaran antarabangsa,” katanya.

MIHAS 2026 dijadual berlangsung dari 23 hingga 26 September di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, dengan sasaran penyertaan 2,400 reruai dari sekurang-kurangnya 45 negara.

Penganjuran kali ke-22 itu mengetengahkan 14 kluster produk dan perkhidmatan termasuk farmaseutikal, kosmetik, logistik halal, mesin dan peralatan serta fesyen.

Edisi kali ini turut memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memudah cara padanan perniagaan antara pemain industri.

Sementara itu, eksport halal Malaysia pada 2025 mencecah RM68.52 bilion, meningkat 10.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kerajaan menyasarkan nilai eksport halal negara mencapai RM80 bilion menjelang 2030.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan