Gabungan GST-SST perlu pastikan sistem percukaian lebih berkesan – Penganalisis

CADANGAN kerajaan mengkaji kemungkinan menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) perlu dilihat dari sudut keberkesanan sistem percukaian bagi memastikan ia lebih stabil, telus dan adil.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, usaha kerajaan menilai semula sistem percukaian negara adalah wajar bagi memastikan sistem berkenaan bukan sahaja mampu menjana hasil mencukupi, malah lebih mampan dan mudah dilaksanakan.

Katanya, sekiranya gabungan elemen GST dan SST dipertimbangkan, kerajaan perlu memastikan sistem baharu itu benar-benar berkesan tanpa membebankan rakyat.

“Kalau gabungan itu hendak dilakukan, ia mesti dilihat dari sudut memastikan sistem itu benar-benar berkesan.

“Kita mahu sistem percukaian baharu itu progresif, mampan dan mudah dilaksanakan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Isnin.

Ahmed Razman berkata, sistem percukaian yang mampan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan asas rakyat terus dilindungi manakala beban cukai lebih tertumpu kepada golongan yang berkemampuan, termasuk melalui cukai terhadap barangan mewah.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan perlu memastikan kos pematuhan kepada sistem baharu tidak terlalu tinggi sehingga memberi tekanan kepada perniagaan, khususnya perusahaan mikro dan kecil.

“Kita mahu sistem percukaian ini dapat meningkatkan hasil negara, tetapi pada masa sama tidak menambah tekanan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara juga perlu dilaksanakan seiring dengan langkah meningkatkan pendapatan rakyat.

Menurutnya, antara pendekatan yang boleh diberi perhatian termasuk meningkatkan gaji, menyediakan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi melalui kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos operasi melalui automasi.

“Apabila pendapatan rakyat meningkat, beban fiskal negara dapat diperkukuh dan pada masa sama rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Pada 18 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan terbuka untuk mengkaji cadangan menggabungkan elemen GST dan SST bagi membentuk sistem percukaian yang lebih progresif.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagaimanapun, SST kekal sebagai asas sistem percukaian negara ketika ini, manakala beberapa elemen GST boleh dipertimbangkan sekiranya sesuai untuk dilaksanakan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan