‎ADUN Pitas, isteri, anak bongsu rasmi peluk Islam ‎

PITAS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah bersama isterinya, Datin Seri Asiah Udin dan anak bongsu mereka, Aswady, secara rasmi memeluk Islam di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, pada Ahad.

‎Rudy berkata keputusan berkenaan diambil atas keikhlasan hati tanpa sebarang paksaan serta bukan batu loncatan untuk mengejar pangkat atau kedudukan selepas merasakan tiada lagi kepentingan duniawi yang mahu dikejarnya.

‎“Pada hari ini adalah hari bersejarah buat saya, isteri dan anak saya kerana kami selamat melafazkan dua kalimah syahadah dan saya amat gembira dengan hidayah ini.

‎“Ramai antara rakan-rakan yang sudah mengerjakan umrah, saya bagi sedekah dan minta mereka sebut nama saya serta doakan supaya saya menjadi sebahagian daripada keluarga Islam,” katanya.

‎Ruddy yang mempunyai enam cahaya mata berkata, pendorong utama perjalanan hidayah keluarganya adalah disebabkan empat daripada anaknya telah memeluk Islam terlebih dahulu.

Menurut Ruddy, dia dan isterinya yang sebelum ini berpegang kepada kepercayaan pagan telah mendalami ajaran Islam selama lebih 10 tahun bagi mencari pegangan hidup yang sebenar.

‎Majlis pengislaman Ruddy, 58, yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, bersama Asiah, 56, dan Aswady, 26, dimulakan dengan lafaz dua kalimah syahadah secara bersama dan bergilir-gilir, diikuti bacaan pengertian syahadah dalam bahasa Melayu, laungan azan, bacaan ayat suci al-Quran, selawat serta kenduri kesyukuran.

Lafaz syahadah dibimbing Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dengan disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana