Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan berdepan ketidaktentuan global – Penganalisis

EKONOMI Malaysia dijangka terus berdaya tahan dalam berdepan ketidaktentuan global, disokong permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport sektor strategik, kata Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Beliau berkata, meskipun ekonomi global berdepan risiko termasuk ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan perubahan harga komoditi, Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

Katanya, prestasi sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang terus menggalakkan, selain kemasukan pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor, digital dan pusat data, menjadi antara kekuatan ekonomi negara.

“Malaysia masih mempunyai permintaan domestik yang tinggi dan prestasi eksport juga sentiasa bertambah baik, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik.

“Kita juga masih menerima pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor, digital dan pusat data,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Isnin.

Ahmed Razman berkata, kedudukan Malaysia turut disokong hubungan perdagangan dengan pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan China yang masih memerlukan barangan keluaran negara.

Menurutnya, kerajaan bagaimanapun perlu memastikan pertumbuhan ekonomi yang dicapai bukan sekadar tinggi dari segi angka, sebaliknya berkualiti dan inklusif.

Katanya, pertumbuhan ekonomi yang baik perlu diterjemahkan kepada peningkatan produktiviti pekerja, pendapatan lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik.

“Lebih penting ialah bagaimana pertumbuhan ekonomi ini meningkatkan produktiviti pekerja supaya pekerja mendapat gaji lebih tinggi, dapat meningkatkan kualiti hidup dan menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif dan berpotensi melebihi lima peratus sehingga akhir tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.7 peratus pada separuh pertama 2026, mengatasi unjuran KDNK tahun ini antara empat hingga lima peratus.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, KDNK berkembang 5.4 peratus pada suku pertama sebelum meningkat kepada enam peratus pada suku kedua, sekali gus menjadikan pertumbuhan keseluruhan bagi separuh pertama tahun ini sebanyak 5.7 peratus.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion