41 rumah ibadat bukan Islam di Perlis tiada kelulusan PBT

KANGAR – Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs) mendedahkan terdapat sebanyak 41 rumah ibadat bukan Islam di Perlis dikenal pasti dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdasarkan rekod setakat 2021.

Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth berkata, jumlah itu termasuk enam kuil, tidak termasuk Kuil Seri Maha Veeramakaliamman di Bukit Lagi yang dirobohkan pihak berkuasa baru-baru ini.

Menurutnya, rekod sama menunjukkan hanya 10 rumah ibadat bukan Islam di negeri ini mempunyai kelulusan sah daripada pihak majlis.

“Antara kuil yang mempunyai kelulusan ialah Kuil Sri Subramaniaswamy Devasthanam di Bukit Lagi dan Kuil Kamatchi Amman di Stesen Keretapi Padang Besar.

“Kuil Sri Subramaniaswamy Devasthanam di Bukit Lagi mempunyai geran yang sah, malah pihak majlis turut membantu membaiki jalan bagi kepentingan awam serta memudahkan laluan perarakan mereka walaupun tanah berkenaan bukan milik MPNPs,” katanya seperti dilaporkan portal berita Harian Metro.

Dalam perkembangan berkaitan, terdapat satu lagi struktur binaan tanpa kelulusan sekitar Bukit Lagi ditandakan dalam aplikasi Google Maps sebagai Sri Maha Muniswara Aalayam terletak di belakang sebuah hotel.

Struktur berkenaan terletak tidak jauh daripada Kuil Sri Subramaniaswamy Devasthanam yang mempunyai status serta kelulusan sah.

Sebelum ini, tindakan merobohkan Kuil Seri Maha Veeramakaliamman di Bukit Lagi mencetuskan perhatian selepas beberapa pihak mempersoalkan tindakan penguatkuasaan tersebut.

MPNPs sebelum ini memaklumkan beberapa notis pengosongan sudah dikeluarkan kepada pihak berkaitan sejak Januari lalu sebelum operasi perobohan dilaksanakan.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah pula berkata, tindakan terhadap struktur yang dibina tanpa kebenaran perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau menegaskan, setiap pembinaan rumah ibadat termasuk oleh umat Islam perlu mematuhi peraturan, status tanah serta kelulusan pihak berkuasa sebelum sebarang struktur didirikan.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM