Mangsa ribut Limbang bakal terima bantuan, JPBD lengkapkan laporan kerosakan

LIMBANG – Semua kediaman yang terjejas akibat bencana ribut di daerah ini akan dinilai secara terperinci berdasarkan tahap kerosakan sebelum laporan lengkap dikemukakan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan penyaluran bantuan.

Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, prosedur penilaian tersebut amat penting bagi memastikan setiap mangsa yang terjejas menerima jumlah bantuan yang sewajarnya. 

Menurut beliau, pihaknya telah berhubung rapat dengan NADMA berhubung keperluan mendesak tersebut manakala Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang kini dalam proses akhir melengkapkan laporan kerosakan.

“Semua rumah yang terjejas baik mengalami kerosakan kecil mahupun besar wajib dimasukkan ke dalam senarai penilaian tersebut mengikut peratusan kerosakan yang dialami. 

“Langkah ini, bertujuan membolehkan pihak NADMA menetapkan dan menyalurkan bentuk bantuan yang paling bersesuaian kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, beliau berkesempatan turun padang meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kawasan terjejas merangkumi Kampung Sibukang, Limpaki, Batu Biah Seberang Kedai dan Kampung Pemukat hari ini. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa inisiatif bantuan kepada mangsa tidak hanya bergantung kepada NADMA semata-mata.

“Malah gerak kerja bersepadu turut diselaraskan melibatkan agensi lain seperti Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Parlimen Limbang serta Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota,” katanya.

Bagi melancarkan proses dokumentasi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kawasan yang dilanda bencana itu telah diarahkan untuk mengemukakan maklumat serta laporan kerosakan kediaman penduduk kepada JPBD Limbang dengan segera. 

Sementara menunggu penyaluran bantuan rasmi tiba, Hasbi turut mencadangkan agar dana kampung yang bersesuaian dapat dimanfaatkan terlebih dahulu bagi membantu penduduk membiayai kerja pembaikan awal.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX