Rumah ibadat haram boleh diberi tempoh, tetapi sampai bila? – MB Perlis

KANGAR – Jawatankuasa rumah ibadat yang dibina di kawasan tidak dibenarkan masih boleh diberikan tempoh untuk menyelesaikan isu berkenaan, namun kelonggaran itu tidak boleh berterusan tanpa batas.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pihak terbabit seharusnya tampil berunding secara terus dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian sebelum tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil.

“Kita tak mahu perkara ini berlaku dan kita boleh bagi tempoh untuk lanjutkan tindakan, tetapi sampai bila?

“Saya bagi gambaran ini supaya semua pihak dapat berhenti membina rumah ibadat di tempat-tempat yang tidak dibenarkan,” katanya di Kangar Jaya Mall di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah menghalang pembinaan mana-mana rumah ibadat termasuk kuil selagi ia memenuhi syarat ditetapkan, mendapat kelulusan dan dibina di lokasi bersesuaian.

“Ikut Perlembagaan Persekutuan, agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini, namun agama lain juga masih boleh dianuti secara aman.

“Dalam keadaan hari ini, kita tidak halang sekiranya pembinaan kuil itu mematuhi syarat dan dibuat di tempat sesuai,” katanya.

Abu Bakar berkata, tindakan merobohkan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi baru-baru ini dilakukan selepas isu pencerobohan tapak berkenaan berlarutan sejak sekian lama walaupun notis telah diberikan.

“Pencerobohan kuil itu dah lama berlaku dan bila kita bagi notis sebelum ini, mereka masih gagal untuk berpindah,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa rumah ibadat lain di sekitar Kuala Perlis, Padang Besar dan beberapa kawasan lain yang turut dikesan dibina di lokasi tidak dibenarkan.

Beliau berharap tindakan terhadap Kuil Veeramakaliamman itu dijadikan iktibar supaya semua pihak mematuhi proses undang-undang dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum membina rumah ibadat.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengutuk tindakan merobohkan kuil berkenaan selain mendakwa kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) bersikap angkuh dan rasis.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan