LKIM ambil tindakan tegas pihak seleweng diesel subsidi

KUANTAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengambil tindakan tegas terhadap persatuan nelayan yang terbabit dengan ketirisan diesel bersubsidi termasuk menutup pusat jualan bahan api itu.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan penyelewengan dan mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

“Persatuan nelayan yang terlibat dengan penggunaan diesel bersubsidi hendaklah memahami bahan api ini adalah subsidi, bukan soal hak. Ini melibatkan peruntukan kerajaan sebagai bantuan untuk meringankan kos operasi.

“Kalau kita tidak jaga betul-betul soal prosedur operasi standard (SOP), kita akan disiasat dan didenda, dan akan mendatangkan kerugian kepada persatuan nelayan sendiri,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pahang 2026 di Pantai Sepat, di sini, hari ini.

Muhammad Faiz mengulas mengenai Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar, Selangor yang didenda RM320,000 kelmarin oleh Mahkamah Sesyen Kuala Selangor selepas menyeleweng diesel bersubsidi untuk nelayan, dua tahun lepas.

Muhammad Faiz berkata, justeru, persatuan nelayan yang mengurus penjualan diesel perlu mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan bagi memastikan subsidi tidak disalahgunakan dan memberikan manfaat kepada golongan nelayan yang layak.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan mempertingkatkan persiapan bagi memastikan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang musim tengkujuh dalam menghadapi kemungkinan gangguan operasi penangkapan ikan di Pantai Timur akibat keadaan ombak dan cuaca buruk.

“Nelayan di Pantai Timur masih boleh turun ke laut jika keadaan ombak tidak terlalu kuat, terutama mereka yang berada di zon lebih dalam seperti Zon B, C dan C2, manakala operasi di kawasan pesisir pantai lebih terjejas,” katanya.

Muhammad Faiz berkata bekalan ikan negara juga disokong oleh sumber dari Pantai Barat dan kawasan Utara Semenanjung selain mendapat kerjasama daripada pemain swasta bagi memastikan stok ikan yang disimpan dapat dikeluarkan kepada pasaran ketika musim tengkujuh, termasuk ikan yang diimport.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap