Suspek hanya ambil masa 5 minit rompak kedai emas

KUANTAN – Kes rompakan barang kemas bernilai kira-kira RM500,000 di Taman Pandan Damai dekat sini, yang dilakukan empat lelaki bersenjata semalam, hanya mengambil masa kira-kira lima minit.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, suspek yang bertopeng tiba di lokasi dan meloloskan diri menggunakan dua motosikal tanpa nombor pendaftaran, dipercayai sebahagian daripada taktik bagi mengelak dikenal pasti.

“Tiada pelanggan ketika kejadian, kecuali isteri pemilik kedai dan dua pekerja wanita. Suspek berada dalam premis kira-kira lima minit sebelum melarikan diri bersama barang rompakan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Semalam, empat lelaki bersenjatakan parang dan senjata api dipercayai jenis pump gun melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000 dari kedai emas pada kira-kira jam 2 petang.

Suspek dikatakan memasuki lot kedai berkenaan yang tiada pengawal keselamatan bertugas ketika kejadian, manakala motosikal mereka ditinggalkan di hadapan premis.

Polis dipercayai sedang mengenal pasti laluan digunakan suspek kerana mereka mungkin tidak pergi jauh menggunakan motosikal berkenaan, selain menyiasat kemungkinan terdapat rakan lain yang terbabit.

Kejadian semalam adalah kes rompakan bersenjata kedua dilaporkan di Pahang minggu ini, selepas tiga lelaki melarikan barang kemas bernilai RM1.7 juta dari sebuah premis di Genting Highlands, dekat Bentong, pada 17 Ogos lalu dan suspek kes itu masih bebas.

Ashari berkata, polis masih meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup daripada premis berhampiran dan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bagi menentukan sama ada suspek meninggalkan motosikal selepas kejadian sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan lain.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India