PMK Sabah: Pasangan warga emas terawal hadir manfaatkan Jualan Rahmah, tukar topi keledar percuma

KOTA KINABALU – Sepasang suami isteri warga emas antara yang hadir ke Program MADANI Kita (PMK) Darau@Sepanggar seawal pagi bagi mendapatkan barangan keperluan menerusi Jualan Rahmah serta menikmati perkhidmatan pertukaran kalendar secara percuma.

Pasangan itu, Ali hasan Ali Husin, 73,
dan Jaliah Salihin, 65, yang tinggal di Kampung Warisan Lorong 26 hadir kira-kira pukul 6.30 pagi untuk mendaftar bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Ali Hasan berkata, mereka tidak mahu melepaskan peluang memanfaatkan inisiatif yang ditawarkan kerana dapat berjimat membeli barangan keperluan harian selain menyelesaikan urusan pertukaran topi keledar tanpa sebarang bayaran.

“Program seperti ini sangat bagus kerana beri kemudahan kepada rakyat serta pelbagai perkhidmatan dan bantuan kerajaan disediakan di satu lokasi.

“Terima kasih kepada kerajaan buat program begini (tukar topi keledar) dan jualan MADANI yang membantu kurangkan kod sara hidup kami,” katanya kepada The Malaysia Press, pada Sabtu.

Sementara itu, Teeng Muhamad, 58, bersama isteri dan tiga anaknya dari kampung Gudon turut menyifatkan PMK yang menyediakan perkhidmatan secara terus kepada rakyat perlu dipuji.

Ini kerana katanya, penglibatan agensi kerajaan persekutuan dan negeri menerusi reruai dapat membantu mereka mendapatkan pelbagai perkhidmatan, khidmat nasihat dan tawaran istimewa yang disediakan.

“Memang program ini sangat baik untuk semua penduduk kampung dan sekitar kerana dari sini kami boleh bertanya terus selain masa operasi pejabat ini terhad hanya Isnin hingga Jumaat.

“Jadi ini amat memudahkan kami semua termasuk bersama melibatkan anak-anak kami dalam pertandingan mewarna,” ujarnya.

Bagi Fauziah Salleh, 35, kehadirannya adalah untuk mendapatkan Jualan Rahmah MADANI dan mengetahui PMK menerusi hebahan di media sosial dan Jawtankuasa Kampung.

Oleh itu, dia amat menghargai inisiatif kerajaan yang banyak membantu tajpa mengira bangsa dan agama terutama dari aspek meringankan beban rakyat.

“Program ini membantu kami memeriksa kesihatan secara percuma, wang tidak dituntut, gunting rambut percuma serta servis menukar minyak hitam motor yang berbaloi untuk semua” kongsinya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM