Guru, anak maut MPV terbabas masuk gaung

ROMPIN – Guru wanita bersama anak lelakinya maut manakala suami cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Kilometer 149.9 Jalan Kuantan-Seremban, di sini malam tadi.

Dalam kemalangan jam 11.30 malam itu, mangsa, Kartinie Ngatenan, 46, dari Taman Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan dan anaknya, Muhammad Akif Mohd Azmi,6 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, suami mangsa yang juga pemandu, Mohd Azmi Mohajir, 47 cedera di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Estima dipandu juruteknik kilang bersama isteri dan anak dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke arah FELDA Keratong di sini.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai terlanggar kayu di atas jalan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di sebelah kanan jalan.

“Akibat kejadian, dua mangsa mengalami cedera parah di kepada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Sharif Shai berkata, pemandu MPV yang turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dihantar menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan