Jerebu Sarawak: Sultan Pahang titah semua masjid tunai solat hajat

KUCHING – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang baharu selesai mengadakan lawatan rasmi di Sarawak menitahkan supaya solat hajat diadakan di semua masjid di negeri Pahang bagi mendoakan krisis jerebu di Bumi Kenyalang kembali pulih.

Menurut baginda, pendekatan rohani menerusi doa serta langkah ikhtiar fizikal perlu dilaksanakan seiring dalam mendepani situasi yang berisiko menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menasihatkan seluruh masyarakat di Bumi Kenyalang agar sentiasa mematuhi ketetapan serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri.

Titah baginda, langkah pencegahan awal dan penjagaan kendiri amat penting terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan serta kesihatan sepanjang keadaan jerebu berkenaan melanda.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Sarawak dari 20 hingga 22 Ogos 2026.

Baginda hadir untuk merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Telok Melano dan mencadangkan hubungan yang lebih erat antara Pahang dan Sarawak

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX