PMK Sabah: Tukar minyak hitam motosikal bantu kurangkan kos penyelenggaraan

KOTA KINABALU – Program MADANI Kita (PMK) Darau@Sepanggar yang julung Kali dianjurkan terus mendapat sambutan menggalakkan apabila perkhidmatan servis motosikal dan menukar minyak hitam diadakan secara percuma.

Acara itu menjadi antara tarikan utama yang diserbu orang ramai bagi mendapatkan penyelenggaraan motosikal tanpa sebarang bayaran.

Seorang pengunjung, Lan, 55, inisiatif itu bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos sara hidup, malah memastikan motosikal yang menjadi pengangkutan utama masyarakat berada dalam keadaan selamat dan baik untuk digunakan.

“Inisiatif ini amat membantu kerana kos penyelenggaraan motosikal semakin meningkat.

“Kami dapat berjimat dan motosikal saya juga diselenggara dengan baik tanpa mengeluarkan kos untuk tempoh sehingga dua tiga bulan ini,” katanya kepada The Malaysia Press pada PMK Darau@Sepanggar di Padang Kampung Warisan, pada Sabtu.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Saifuddin Sudin, 40, menyifatkan penganjuran secara percuma itu juga membantu mengurangkan kos operasi selain berharap program seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

“Saya hadir awal mendapatkan perkhidmatan tukar minyak hitam, dapatkan gunting rambut percuma sebab saya percaya ramai yang memerlukan khidmat ini terutama bagi pengguna motosikal dan p-hailing.

“Alhamdulillah saya bersyukur, terima kasih pada kerajaan dan penganjur, ” ujarnya.

Sementara itu, Aini Sherin Banin, 47, berkata, dia hadir seawal 6.30 pagi bagi memastikan tidak terlepas peluang mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Kami menggunakan motosikal setiap hari untuk anak pergi bekerja.

“Sebelum ini banyak program kerajaan bersama rakyat tapi bagi saya, kali ini amat baik memandangkan sangat jarang ada servis penukaran minyak ini secara percuma.

“Saya dan keluarga pun terus ambil peluang ini termasuk mendapatkan perkhidmatan lain,”tambahnya yang turut menyertai pertandingan mewarna dewasa.

Program sehari bermula 8 pagi sehingga 5 petang itu turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran agensi kerajaan persekutuan dan negeri, aktiviti mewarna, gusti lengan, tarik tali serta AgroMADANI dan Jualan Rahmah MADANI.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala