Permohonan penggajian pekerja asing kini sepenuhnya dalam talian

PUTRAJAYA Urusan permohonan penggajian pekerja asing kini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menerusi Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata, pelaksanaan itu menggantikan kaedah permohonan secara manual atau secara hadir sendiri bagi memudahkan urusan majikan.

Menurut kementerian, langkah berkenaan dapat mengurangkan keperluan majikan hadir berulang kali ke pejabat kerajaan, memendekkan tempoh menunggu serta menjadikan proses permohonan lebih tersusun, cekap dan selesa.

Bagaimanapun, KESUMA menegaskan pendigitalan proses berkenaan tidak bermakna syarat penggajian pekerja asing dilonggarkan.

“Semua permohonan masih tertakluk kepada penelitian, undang-undang, syarat kelayakan, dasar penggajian pekerja asing serta semakan oleh Agensi Kawal Selia (AKS) yang berkaitan,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

KESUMA berkata, proses permohonan bermula dengan majikan mendapatkan kelulusan awal menggajikan pekerja asing di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 sehingga memperoleh Surat Kelulusan Bersyarat (SKB).

Menurutnya, SKB boleh diperoleh dalam tempoh 14 hari, tertakluk kepada permohonan lengkap serta pematuhan terhadap syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Majikan boleh mengakses FWCMS menerusi www.fwcms.com.my.

Dalam perkembangan berkaitan, KESUMA berkata pendekatan memudah cara permohonan majikan turut dilaksanakan menerusi pengagihan kuota secara berfasa bagi pembukaan kuota penggajian 15,000 pekerja asing untuk industri restoran seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Julai lalu.

“Dalam hal ini, 5,000 kuota pekerja asing melibatkan 1,033 majikan yang telah melalui temu duga mengikut kes sedang diproses untuk kelulusan,” menurut kenyataan itu.

KESUMA menyarankan majikan yang telah melalui proses temu duga atau ingin mengemukakan permohonan baharu supaya melengkapkan permohonan menerusi FWCMS.

Sementara itu, kementerian memaklumkan cadangan mewujudkan Pusat Transit Pekerja Asing bagi menangani kesesakan kemasukan pekerja asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang diperhalusi.

Menurutnya, cadangan berkenaan akan dimulakan menerusi pelaksanaan projek rintis pada masa akan datang.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM