TH didedah bukan burukkan jenama Islam, keperluan perbetul kerosakan

BANGI – Pendedahan salah laku dan kelemahan pengurusan Tabung Haji (TH) melalui laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukan kerana institusi itu membawa imej Islam, sebaliknya berasaskan keperluan memperbetulkan kepincangan yang dikenal pasti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan sama turut digunakan terhadap institusi lain termasuk FELDA dan tindakan sedemikian tidak seharusnya dijadikan isu kaum atau agama.

“Ada pula seorang pemimpin parti Islam dia kata, asyik hendak kena tindakan ini, kena tindakan kepada badan-badan (agensi) Melayu dan Islam. Kita ambil tindakan sebab itu bawah kerajaan.

“Kalau ada kita kenal pasti masalah, kita akan ambil tindakan. Jangan jadikannya ini sebagai permasalahan kaum atau agama. Kita ambil tindakan. Kita tak tanya itu syarikat Melayu ke syarikat kerajaan. Kalau ada kita kenal pasti masalah, kita akan ambil tindakan.

“Jangan jadikannya ini sebagai permasalahan kaum atau agama,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus FELDA 2026, pada Jumaat.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pemimpin, namun kenyataan Perdana Menteri itu menyusul selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa isu berkaitan TH dijadikan sasaran kerana institusi itu membawa jenama Islam.

Abdul Hadi berkata, penyelewengan dan salah laku memang berlaku dalam institusi kewangan Islam, namun mendakwa kepincangan lebih besar di institusi lain tidak mendapat perhatian sama.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam kes TH, orang Melayu dan Islam sepatutnya lebih tegas memastikan institusi yang membawa imej Islam diurus dengan baik kerana mereka perlu menunjukkan contoh dalam soal pengurusan, akhlak dan nilai.

“Seperti dalam TH, malah kalau tanya saya, orang Islam dan Melayu patut lebih sungguh-sungguh, lebih teliti dalam soal pengurusan, akhlak dan nilai,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak