Siasatan TH, FELDA harus dilaksana secara telus dan segera

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahaaa siasatan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) perlu dijalankan secara telus serta segera.

Beliau berkata, sebarang permasalahan yang berlaku perlu dikenal pasti secara menyeluruh dan tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa tindakan.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab perlu turun ke lapangan dan memahami permasalahan sebenar, bukannya hanya bergantung kepada laporan di peringkat pengurusan.

“Pertamanya, kita harus tahu sepenuhnya permasalahan. Masalah besar ini bukan masalah yang menjadi tanggungjawab Perdana Menteri untuk mengurus semuanya. Kita harus tahu apa isu sebenar.

“Bukan masalah duduk di pejabat. Sudah di lapangan, kita tahu permasalahan,” katanya ketika berucap pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sebarang isu membabitkan pengurusan, peraturan dan keputusan perlu ditangani secara serius, termasuk memastikan tindakan susulan dibuat terhadap sebarang pelanggaran yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan dan negara.

“Masalah yang telah dikenal pasti tidak seharusnya hanya dibentangkan kepada pihak tertinggi sebelum tanggungjawab penyelesaiannya diserahkan kepada pihak lain.

“Saya mahu semua masalah ini diurus dengan serius. Kalau ada masalah, kita mesti tahu masalahnya dan kita mesti ambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar meminta semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerja lebih keras, fokus dan prihatin dalam memastikan setiap keputusan serta tindakan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan segera.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan masalah legasi atau tanggungjawab lama untuk terus menangguhkan penyelesaian terhadap isu yang telah dikenal pasti.

“Saya akan memastikan pelaksanaan program asas untuk rakyat dapat dilaksanakan segera, termasuk perkara yang tidak perlu menunggu pembentangan Belanjawan pada Oktober.

“Walaupun ekonomi negara mencatat pertumbuhan sekitar enam peratus, kerajaan tetap perlu memberi perhatian kepada masalah rakyat termasuk kos sara hidup dan tekanan ekonomi yang masih dihadapi,” katanya.

Pada Khamis, Anwar menegaskan siasatan terhadap dakwaan salah laku yang didedahkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH dan FELDA tidak didorong unsur dendam politik.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan mencampuri urusan siasatan atau keputusan pendakwaan kerana ia adalah bidang kuasa agensi penyiasat dan Peguam Negara.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak