PMX tunggu laporan lengkap siasatan FELDA sebelum umum penambaikan

BANGI – Kerajaan MADANI akan menunggu laporan siasatan terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebelum mengumumkan langkah rasmi penambahbaikan pengurusan dan tindakan susulan berhubung permasalahan yang dikenal pasti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan petugas khas itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, siasatan itu penting bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku supaya langkah penyelesaian dapat dirangka dengan lebih berkesan.

“Saya tunggu siasatan lengkap dan baru kita umum dalam masa terdekat. (Siasatan) adalah aspek pengurusan untuk memperbaiki pengurusan, kita perlu mengenal pasti permasalahan lalu.

“Tetapi yang penting adalah menguruskan terkini dan langkah-langkah ke depan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026, pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru sebelum memperoleh gambaran menyeluruh hasil siasatan.

“Kita tunggu laporan siasatan lalu kita umumkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, laporan berkenaan akan menjadi asas kepada kerajaan untuk menentukan tindakan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

“Fokus utama bukan sekadar mengenal pasti kesilapan atau permasalahan yang berlaku, sebaliknya memastikan pengurusan dapat diperkemas dan langkah ke hadapan dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata siasatan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan FELDA perlu dijalankan secara telus serta segera.

Beliau berkata, sebarang permasalahan yang berlaku perlu dikenal pasti secara menyeluruh dan tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa tindakan.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab perlu turun ke lapangan dan memahami permasalahan sebenar, bukannya hanya bergantung kepada laporan di peringkat pengurusan.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak