Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

LIMBANG – Sebanyak sembilan lokasi di sekitar daerah ini terjejas akibat kejadian ribut dan tiupan angin kencang yang mengakibatkan insiden pokok tumbang serta bumbung bangunan diterbangkan angin pada Rabu.

Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Penguasa Bomba Ramlan Marajan berkata, pasukan bomba bertindak segera bagi memastikan laluan utama yang terhalang dibersihkan dan boleh digunakan semula dengan selamat.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 2.10 petang sebelum pasukan operasi digerakkan ke lokasi seminit kemudian.

“Pasukan bomba memberi keutamaan kepada kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan utama selain menjalankan kerja pembersihan di kawasan terjejas.

“Selepas selesai di satu lokasi, anggota terus bergerak ke lokasi lain yang turut dilaporkan terjejas bagi memastikan semua kejadian dapat ditangani,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau memaklumkan bahawa sembilan lokasi yang terjejas dalam kejadian tersebut merangkumi Jalan Tebabang, Jalan Lapangan Terbang (Airport), Hospital Limbang, Perumahan RPR Batu Biah, Taman Damai, Kompleks Sukan Limbang, Jalan Bukit Kota, Pusat GIATMARA Limbang dan Dewan Bunga Raya Limbang.

Mengulas lanjut, Ramlan menjelaskan bahawa operasi tersebut melibatkan seramai 11 pegawai dan anggota yang merangkumi tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang berserta empat anggota dari Zon 7.

“Kerja pemotongan dan pengalihan dilakukan menggunakan gergaji berantai serta parang sebelum kawasan dibersihkan bagi mengurangkan risiko bahaya kepada orang awam,” jelasnya.

Tambahnya, operasi yang berlangsung lebih lima jam itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 malam.

Pihak bomba turut menasihatkan orang awam agar segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden pokok tumbang atau kerosakan struktur yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan