KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

TAWAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau merampas pelbagai barang kawalan dan sebuah kenderaan bernilai RM104,138.40 selepas menerima satu kes serahan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.

KPDN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, rampasan itu membabitkan sebanyak 220 liter petrol, 12 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 340 kilogram minyak masak.

“KPDN kemudian membuka kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menyiasat kes berkenaan,” menurut kenyataan KPDN, pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, KPDN mengingatkan mana-mana individu atau syarikat supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan tidak terlibat dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan.

“Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya boleh dikenakan,” tambah kenyataan itu.

KPDN turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan serta memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi