MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

SHAH ALAM – Lebih 200 kamera litar tertutup (CCTV) bagi Sistem Parkir Pintar Selangor (SIP) telah dipasang di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), daripada keseluruhan 500 unit yang disasarkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, pemasangan baki kamera sedang dipercepatkan, namun beberapa perkara teknikal termasuk penyediaan bekalan elektrik di lokasi terlibat masih dalam proses penyelarasan.

Menurutnya, kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) penting bagi memastikan setiap kamera mendapat bekalan elektrik yang diperlukan untuk beroperasi.

“Di MBSJ ada 500 kamera yang akan dipasang dan setakat ini lebih 200 sudah dipasang.

“Bekalan elektrik daripada TNB memerlukan penyelarasan khususnya membabitkan lokasi pemasangan. Kita mahu semua pihak memberikan kerjasama supaya proses ini dapat dipercepat dan segala kekangan dapat diatasi,” katanya seperti dipetik berita tempatan.

Suee Lim berkata, pelaksanaan sistem berkenaan kini diperluaskan ke pihak berkuasa tempatan (PBT) lain bagi meningkatkan kecekapan pengurusan parkir di seluruh negeri.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan serta keberkesanan SIP bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi piawaian dan tahap perkhidmatan ditetapkan.

Beliau berkata, penyelarasan antara PBT dan penyedia perkhidmatan turut diperkukuh bagi memastikan sistem berkenaan beroperasi lancar di lapangan.

“Hasrat kerajaan negeri dan PBT adalah memastikan urusan kutipan lebih lancar, kawalan trafik lebih baik dan parkir yang disediakan lebih teratur.

“Rakyat mahukan sistem yang lebih canggih dan tidak menyusahkan terutama dari segi pembayaran. Jadi kita mahu perkhidmatan yang dilaksanakan benar-benar memenuhi harapan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata penggunaan teknologi perlu disokong dengan peningkatan keupayaan anggota penguat kuasa PBT yang berurusan secara langsung dengan orang ramai.

Sehubungan itu, katanya, anggota penguat kuasa perlu diberikan latihan dan kelengkapan mencukupi, selain mengutamakan pendekatan mesra pengguna ketika menjalankan tugas.

“Anggota penguat kuasa perlu diberikan latihan secukupnya, menyantuni pengguna serta dilengkapi dengan kemudahan yang lebih baik supaya tugas di lapangan dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa menimbulkan masalah,” katanya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap