Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

PUTRAJAYA – Tiada perbincangan berhubung gesaan supaya diwujudkan undang-undang khusus bagi memastikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Rabu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semestinya maklum mengenai gesaan berkenaan.

“Mungkin akan dibincangkan pada masa akan datang,” katanya ringkas pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

Terdahulu, DAP sebelum ini menggesa kerajaan menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa diskriminasi berdasarkan kecenderungan politik.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, kelulusan undang-undang berkenaan akan menghapuskan budi bicara politik dalam proses pemberian peruntukan, selain menjamin ketelusan serta melindungi hak semua pengundi di seluruh negara secara kekal.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Damansara menyatakan, langkah itu selaras dengan janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan peruntukan pembangunan yang saksama diberikan kepada semua Ahli Parlimen.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM