Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan diberikan masa untuk menyediakan laporan susulan cadangan kerajaan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata laporan berkenaan akan dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk perbincangan dan keputusan lanjut.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa kerana perlu mengambil kira pengalaman pelaksanaan GST serta isu yang timbul daripada sistem SST ketika ini.

“Ini masih di peringkat awal dan Kementerian Kewangan diberi masa memandangkan ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara terburu-buru dan melibatkan aspek-aspek pengajaran daripada pelaksanaan sistem GST, isu-isu dihadapi berdasarkan sistem SST waktu ini.

“Jadi perkara-perkara ini akan dipertimbang oleh Kementerian Kewangan sebelum dibawa untuk dibincang dan diputus di Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai keperluan Kementerian Kewangan, khususnya Menteri Kewangan II, menjalankan kajian menyeluruh terhadap cadangan sistem percukaian hibrid GST-SST itu.

Ditanya sama ada Perdana Menteri menetapkan tempoh tertentu untuk laporan berkenaan disiapkan atau perkara itu akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan akan datang, Fahmi berkata, perkara berkenaan tidak dimaklumkan dalam mesyuarat hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata kerajaan bersedia mengkaji cadangan menggabungkan elemen GST dengan SST bagi memastikan sistem percukaian negara lebih progresif.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia akan terus mengekalkan SST sebagai sistem percukaian negara, namun tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan beberapa ciri GST yang sesuai untuk diterapkan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan