Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu mempersoalkan bagaimana penyata kewangan TH bagi 2014 hingga 2017 boleh diberikan Sijil Audit Bersih, sedangkan laporan audit 2017 menyebut mengenai Emphasis of Matter (EOM).

Beliau berkata, EOM bermaksud penyata kewangan berkenaan memerlukan perhatian khas dan perkara itu wajar diberikan penjelasan.

“Tan Sri Madinah ada buat kenyataan dia tidak dipanggil masuk oleh RCI. Laporan audit tahun 2017 menyebut mengenai Emphasis of Matter (EOM), sedangkan penyata kewangan TH dari 2014 hingga 2017 diberikan Sijil Audit Bersih.

“Kenapa? Ada cover-up?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Puad berkata, kerajaan tidak seharusnya terlalu tergesa-gesa, namun pada masa sama perlu memastikan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab tidak dilengahkan.

Beliau turut mendakwa terdapat pihak tertentu menggunakan isu RCI untuk mencetuskan kekeliruan melalui hujah sensasi dan teknikal.

Katanya, antara persoalan yang dibangkitkan ialah kelewatan mendedahkan laporan RCI serta mengapa bekas Ketua Audit Negara tidak dipanggil memberi keterangan.

“Kalau begitu siasat secara menyeluruh dan pendakwaan menyeluruh termasuk Ketua Audit Negara 2014-2019,” katanya.

Puad berkata, segala persoalan berkaitan RCI TH perlu diselesaikan berasaskan fakta dan tindakan yang sewajarnya supaya institusi berkenaan dapat bergerak ke hadapan.

“Tamatkan kekeliruan dan manipulasi politik. Tabung Haji mesti ‘move on’,” katanya.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana