MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu.

Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan itu bermula jam 7.30 pagi dan membabitkan pemeriksaan di Blok A hingga F pangsapuri berkenaan serta kawasan BOT bersebelahan.

MPAJ dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sebanyak 1,843 premis dilawati sepanjang operasi berkenaan, manakala 386 premis diperiksa.

“Operasi ini dilaksanakan sebagai langkah kawalan dan pencegahan penularan wabak denggi,” menurut kenyataan itu.

Operasi turut membabitkan anggota Pejabat Kesihatan Hulu Langat, Terminex Pest Control serta Sanicare Hygiene Services Sdn Bhd.

MPAJ turut menyeru orang ramai supaya sentiasa memastikan persekitaran kediaman bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.

Orang ramai juga disarankan meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk memeriksa serta menghapuskan tempat yang berpotensi menjadi takungan air.

“Cegah denggi, lindungi komuniti,” seru MPAJ.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera