Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Beliau berkata, prinsip mengekalkan kestabilan negara menjadi antara asas penting Kerajaan Perpaduan bagi memastikan pembangunan ekonomi dapat diteruskan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Katanya, rakyat perlu menghargai keadaan negara yang stabil ketika ini kerana perkembangan geopolitik global semakin tidak menentu dan boleh memberi kesan kepada sesebuah negara.

“Saya rasa Kerajaan Perpaduan itu berasas kepada satu prinsip, iaitu bagaimana mengekalkan kestabilan negara untuk pastikan pembangunan ekonomi kita akan berterusan.

“Mungkin rakyat Malaysia ini tidak begitu sedar, kita sangat bertuah dalam keadaan yang sangat selesa kerana kita tidak rasa terancam dengan apa yang berlaku dalam geopolitik negara sekarang.

“Dengan keadaan yang tidak tentu ini, adalah sangat penting negara kita kekal stabil dari segi politik untuk menghadapi pelbagai cabaran,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas Kongres Nasional PKR 2026, di sini, hari ini.

Tian Chua berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Perpaduan perlu terus dikekalkan sehingga tamat penggal bagi memastikan kestabilan politik negara.

Dalam perkembangan berkaitan kepemimpinan PKR, beliau berkata, keputusan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk berehat seketika daripada jawatan itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

Katanya, perubahan kepemimpinan atau kekosongan jawatan tidak seharusnya menjejaskan asas perjuangan PKR kerana yang lebih penting ialah idealisme parti terus dipertahankan.

“Saya rasa perubahan personaliti atau kekosongan jawatan, orang tinggalkan jawatan itu adalah satu perkara yang biasa dalam semua yang dihadapi oleh semua parti.

“Saya rasa yang penting itu asas perjuangan Parti Keadilan itu ada tempatnya dalam pembinaan dan pembangunan negara kita.

“Bagi saya, yang penting idealisme ini harus dikekalkan dan siapa memimpin, tanggungjawab dalam jawatan itu harus melaksanakan,” katanya.

Tian Chua berkata, rakyat akhirnya akan menjadi hakim dalam menilai prestasi sesebuah parti berdasarkan tindakan yang dilaksanakan.

“Yang lebih penting adalah rakyat akan menjadi hakim. Mereka akan menilai prestasi satu parti ini dengan tindakan yang dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seruan Anwar pada kongres supaya semua tenaga politik bergabung walaupun mempunyai perbezaan pandangan perlu diberi perhatian bagi memastikan kepentingan rakyat dan kebajikan mereka terus menjadi keutamaan.

“Saya rasa kongres ini, Presiden telah membuat seruan supaya semua tenaga politik dapat bergabung walaupun ada perbezaan pandangan.

“Yang penting ialah menjaga dan mengutamakan kepentingan rakyat dan kebajikan, juga kestabilan demi pembangunan ekonomi kita,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa