Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

JERANTUT – Program Hasrat MADANI Parlimen Jerantut menyantuni masyarakat di Kuala Tembeling, dekat sini, semalam.

Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Pahang yang mendapat kerjasama baik daripada pelbagai agensi itu, adalah siri terakhir di kawasan parlimen berkenaan.

Bermula sejak jam 8 pagi, program yang turut disertai kanak-kanak dari Tabika KEMAS Kuala Tembeling, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Haris Salleh Hamzah.

Hadir sama Penolong Ketua Balai Polis Kuala Tembeling, Sarjan Mohd Najib Md Don, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kuala Tembeling, Baharim Abu Samah dan Pegawai JKOM Pahang, Nurulfarahin Mohamod.

Antara pengisian utama program berkenaan adalah Kelas Pembuatan Bunga Kawat Bulu yang dikendalikan usahawan tempatan, Nur Adibah Md Sidek.

Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran masyarakat khususnya golongan wanita, di samping membuka peluang menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan.

Sorotan turut diberikan kepada Program Inovasi Tani Cilik KEMAS yang memperkenalkan kaedah penanaman kangkung menggunakan bahan kitar semula.

Aktiviti dikendalikan wakil daripada kumpulan I-Kreatif Mukim Hulu Cheka, yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai konsep pertanian moden dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Sementara itu, Haris Salleh dalam ucapan perasmian berkata, program Hasrat MADANI bukan sekadar program kemasyarakatan biasa, sebaliknya menjadi platform membina masyarakat lebih berilmu, kreatif, berkemahiran dan saling membantu.

” Aktiviti seperti pembuatan bunga kawat bulu mampu membuka peluang ekonomi kepada masyarakat, manakala Program Inovasi Tani Cilik KEMAS pula berupaya melahirkan generasi yang lebih kreatif, inovatif dan menghargai kepentingan pertanian moden,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh perkembangan negeri Pahang yang terus bergerak ke arah pembangunan menyeluruh dengan penekanan terhadap komuniti, pendidikan, keusahawanan, kebajikan rakyat, pelancongan dan pembangunan modal insan.

“Sesungguhnya, kemajuan sesebuah negara bermula daripada kekuatan komuniti. Jika komuniti kita bersatu, saling membantu dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu serta kemahiran, insya-Allah masa depan yang lebih baik dapat kita bina bersama,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills