Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.

Kemenangan bermakna itu sekali gus membolehkan perahu bidar milik Samsuhidin Samti tersebut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta piala kejuaraan.

Naib juara disandang oleh pasukan Puteri Bunian milik Man Arena, manakala tempat ketiga diraih oleh Warisan Tropika milik Mohammad Azlizan Nazirin. 

Pasukan Warisan Gemilang milik Ketua Kaum Aduka dan Ketua Kaum Zaidi pula melengkapkan saingan di kedudukan keempat.

Terdahulu, majlis penangguhan pesta tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding atas semangat kesukanan tinggi serta kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Sementara itu, Pusat Khidmat N58 Balingian dalam satu kenyataan memaklumkan, penganjuran pesta kebudayaan dan sukan air seumpama itu terbukti menjadi wadah terbaik dalam merapatkan silaturahim serta menyuburkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?