Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha berkenaan sebahagian daripada langkah Kerajaan MADANI untuk memperbaiki kelemahan institusi serta memastikan tatakelola dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Tatakelola mesti terus diperkukuh, institusi dibersihkan dan setiap kelemahan diperbetulkan dengan tegas. Akta Tabung Haji akan dipinda demi memelihara amanah umat Islam.

“… manakala AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) 1971 mesti dimansuhkan sepenuhnya tanpa digantikan dengan undang-undang baharu yang terus mengongkong suara mahasiswa,” kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Anwar berkata, kerajaan akan terus memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai rakyat tanpa mengira latar belakang politik atau negeri.

Menurut beliau, pembangunan dan kebajikan rakyat perlu diberikan secara menyeluruh termasuk di negeri yang ditadbir pembangkang.

Beliau berkata, tanggungjawab kerajaan bukan hanya kepada penyokong atau negeri tertentu, sebaliknya merangkumi seluruh rakyat serta kepentingan negara.

Mengulas Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026 yang berakhir hari ini, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, parti itu perlu terus berpegang kepada prinsip, idealisme dan keberanian untuk melakukan perkara yang benar.

Katanya, PKR tidak seharusnya mengorbankan prinsip atau cita-cita reformasi hanya untuk mempertahankan kuasa.

Beliau berkata, PKR perlu terus menjadi wadah perjuangan yang merangkumi semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan wilayah, manakala prinsip keadilan perlu diterjemahkan melalui dasar serta tindakan.

“Kekuatan Keadilan bergantung pada saf yang bersih, kepimpinan yang teguh dan gerak kerja yang tersusun. Kuasa bukan alat untuk memperkaya diri, keluarga atau kroni, tetapi amanah untuk membela rakyat, menegakkan keadilan dan mengangkat martabat insan.

“Rapatkan barisan, perkemas gerak kerja dan terus mara demi rakyat dan negara,” kata beliau.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera