Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

NIAH – Regatta Subis@Niah 2026 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September ini dengan pelbagai aktiviti menarik di Tebingan Niah dan Dewan Terbuka Sepupok.

Penganjuran acara tersebut dijangka menjadi tarikan utama kepada masyarakat setempat dan pengunjung menerusi pelbagai pengisian yang disediakan dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Antara aktiviti utama yang bakal dipertandingkan ialah lumba kayak, lumba bot berenjin, pertandingan karaoke, serta pemilihan Ratu Regatta Subis.

Selain itu, acara berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, gerai jualan, Dapur Regatta (Regatta Kitchen), dan pameran daripada pelbagai agensi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung acara tersebut boleh menghubungi pasukan media regatta melalui nombor telefon yang tertera pada poster rasmi program.

Penganjuran temasya air itu diharap dapat terus menghidupkan kemeriahan di Niah, selain menjadi platform bagi memperkenalkan keunikan budaya serta potensi pelancongan di kawasan Subis kepada pihak luar.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera