Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

AYER KEROH – Ahli PKR diperingatkan supaya tidak membiarkan wujudnya ‘parti dalam parti’ mahupun andaian unsur ‘Si Kitol’ yang berpotensi merosakkan keharmonian organisasi berkenaan.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan, teguran dan perbezaan pandangan dalam parti adalah perkara biasa, namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memecahbelahkan perjuangan.

Menurut beliau, kesetiaan ahli wajar ditumpukan sepenuhnya kepada idealisme perjuangan dan parti, bukannya taksub kepada sosok tubuh mana-mana kepimpinan semata-mata.

”Kita sayang Presiden, kita pertahankan beliau jika difitnah dan mahukan kerajaan pimpinan beliau berjaya. Namun jika benar-benar sayangkan parti, kita kena berani berkongsi pandangan dan menegur dengan adab serta fakta.

”Presiden sendiri tidak mahu dikelilingi mereka yang hanya pandai menyebut ‘YES’ sahaja. Namun ingat, jangan sesekali biarkan perbezaan pandangan itu merosakkan organisasi. Jangan ada ‘parti dalam parti’ dan kita tak mahu ada ‘Si Kitol’ dalam PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Mengulas isu idealisme perjuangan, Dr Zaliha menjelaskan slogan reformasi yang dilaungkan sejak 27 tahun lalu bukan sekadar tiket untuk melangkah ke Putrajaya, sebaliknya ia adalah amanah besar yang perlu dilaksanakan melalui pentadbiran kerajaan.

Pada masa sama, beliau menggesa Dalam pada itu, beliau turut menggesa jentera parti supaya tidak bertindak elit dan segera mengukuhkan akar umbi tanpa perlu menunggu pilihan raya tiba.

”Hari ini apabila jadi kerajaan, kita bertanggungjawab menterjemahkan reformasi melalui pengukuhan institusi, membanteras rasuah dan memastikan keadilan sampai kepada rakyat. Menjadi kerajaan bukannya penamat reformasi, tetapi ujian sebenar kepada perjuangan kita,” tegas beliau.


“Jangan tunggu PRU atau calon diumumkan baru nak turun lapangan. Kita kena hadir dalam kehidupan rakyat lebih awal, masuk kampung, Felda, flat, estet dan dengar suara rakyat termasuk mereka yang marah kepada kita,” katanya.

Related Posts

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

PUTRAJAYA – Selepas tiga tahun setengah menerajui Kerajaan Perpaduan, sudah tiba masanya pencapaian pentadbiran dinilai bagi menentukan hala tuju kerajaan seterusnya, kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

AYER KEROH – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun, menerima tuntutan enam Ketua Cabang PKR di Negeri Sembilan supaya beliau mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan parti itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR