Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, PGO menerima panggilan daripada orang awam antara pukul 7.23 hingga 7.27 malam yang memaklumkan kejadian gegaran di sembilan lokasi melibatkan lima daerah di negeri ini.

“Justeru, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) JBPM Pulau Pinang dihantar ke lokasi terbabit bagi menjalankan pemantauan membabitkan seramai 36 pegawai dan anggota.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan di semua lokasi terbabit adalah terkawal,” katanya di sini, hari ini.

Justeru tambahnya, kerajaan negeri akan terus berhubung dengan pihak JBPM serta pasukan penyelamat lain bagi memantau keadaan dan mendapatkan perkembangan terkini.

Semalam, media melaporkan gempa bumi bermagnitud 6.4 dilapor menggegarkan wilayah Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 6.54 petang Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 2.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur.

Related Posts

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

BAU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan lima projek pembinaan baharu dan naik taraf Tamu Desa di Parlimen Mas Gading.   Menterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia