Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kestabilan sesebuah kerajaan amat kritikal bagi meyakinkan pelabur antarabangsa dan tempatan untuk terus melabur modal di negara ini khususnya Sarawak.

Menurut beliau, keadaan politik yang tidak stabil berisiko menjejaskan keyakinan pelabur sekali gus merencatkan pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

“Pilihan raya hanya diadakan lima tahun sekali. Selepas pemilihan selesai, kita perlu kembali bekerja serta melaksanakan dasar kerajaan demi kepentingan rakyat.

“Jangan kita bermain politik sepanjang masa kerana yang penting ialah kita bekerja untuk rakyat dan memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Bunga Raya pada Sabtu.

Menyentuh berkenaan kemajuan daerah, Hasbi memaklumkan Limbang kini giat melaksanakan beberapa projek infrastruktur berskala besar yang bakal mentransformasikan landskap ekonomi penduduk setempat.

Antara projek strategik yang sedang dan bakal dilaksanakan merangkumi inisiatif ialah Projek jalan menuju ke Limpaku Pinang membabitkan peruntukan kira-kira RM200 juta dan  pembinaan bangunan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM28 juta.

Selain itu, projek strategik lain yang akan dilaksanakan seperti usaha pemerkasaan prasarana termasuk Klinik Medamit, Jalan Ulu Kubong, pembinaan poliklinik baharu serta sekolah berkelompok serta projek menaik taraf kemudahan Hospital Limbang. 

Jelas beliau, semua projek berkenaan dirancang bukan untuk kepentingan pemimpin, sebaliknya dirangka rapi bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

“Kita mahu rakyat menikmati kemudahan infrastruktur, perkhidmatan kesihatan dan akses pendidikan yang jauh lebih moden dan selesa,” tegasnya.

Dalam pada itu, program berkenaan turut menyaksikan penyerahan 93 geran bernilai RM4,000 setiap satu kepada wakil penerima yang layak.

Bantuan tersebut disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina serta JKKK Kampung Melayu.

Tambahnya, walaupun jumlah geran tersebut tidak terlalu besar, beliau berharap ia dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi menggerakkan aktiviti serta program yang memberi impak positif secara langsung kepada masyarakat.

Related Posts

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

KUALA KANGSAR – Mayat seorang wanita yang ditemukan dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar, pada Jumaat, disahkan meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang