Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

KUALA KANGSAR – Mayat seorang wanita yang ditemukan dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar, pada Jumaat, disahkan meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, mangsa dipercayai berusia sekitar 30 tahun, namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala motif kejadian masih belum diketahui.

“Maklumat mengenai penemuan mayat diterima daripada seorang lelaki tempatan kira-kira jam 3.12 petang.

“Lelaki berkenaan memaklumkan menemukan mayat di dalam Sungai Perak berhampiran jeti tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Taiping bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Heisham meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 05-776 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menimbulkan provokasi berkaitan kejadian ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat yang dipercayai telah berada di dalam air selama beberapa hari, sebelum ditemui terapung dalam sebuah beg pakaian yang dibalut dengan pembungkus plastik.

Mayat berkenaan disedari seorang pemandu bot tambang selepas paras air Sungai Perak yang cetek menyebabkan beg berkenaan kelihatan di permukaan air.

Foto : Bernama

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera