MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) komited memperluas kerjasama antarabangsa dalam pengukuhan dasar dan kerangka perundangan persaingan serta aspek penguatkuasaan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, komitmen itu diterjemahkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Persaingan Hong Kong (HKCC) pada hari ini.

“MoU itu merupakan kerjasama keempat yang dimeterai oleh MyCC dengan badan persaingan luar negara termasuk Turkiye Competition Authority (TCA), Korea Fair Trade Commision (KFTC) dan Philippine Competition Commision (PCC).

“Pemeteraian ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memperluas jaringan strategik dengan pihak berkuasa persaingan antarabangsa dalam usaha memelihara serta menggalakkan persaingan yang sihat dan adil,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Khamis.

Menurutnya, dalam persekitaran ekonomi yang semakin kompleks dan saling berhubung, isu persaingan turut melibatkan aktiviti perniagaan dan entiti yang merentasi sempadan.

“Kerjasama antara pihak berkuasa persaingan pelbagai negara amat penting bagi membolehkan perkembangan pasaran serta cabaran penguatkuasaan ditangani dengan lebih berkesan.

“Kerjasama antara MyCC dan HKCC menerusi MoU itu akan melibatkan pertukaran maklumat mengenai perkembangan penting berkaitan undang-undang persaingan termasuk pindaan perundangan, perkongsian pengalaman berkaitan siasatan dan jalinan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain,” ujarnya.

Tambahnya, ia turut merangkumi kerjasama teknikal bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan melalui program latihan, bengkel, penempatan sementara pegawai dan kolaborasi penyelidikan.

“Selain itu, kerjasama berkenaan melibatkan perbincangan serta usaha menangani isu persaingan rentas sempadan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan secara dua hala atau bersama pihak berkuasa persaingan antarabangsa.

“MoU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Datuk Iskandar Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif HKCC, Rasul Butt,” kongsinya.

Armizan berkata, KPDN melalui MyCC akan terus memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa persaingan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Usaha itu akan digerakkan secara berterusan bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, memperkukuh kapasiti institusi dan memastikan ekosistem persaingan negara kekal dinamik dan berdaya saing demi kepentingan pengguna dan ekonomi negara.

Terdahulu, Majlis pemeteraian itu turut disaksikan oleh Pengerusi MyCC, Datuk Seri Idrus Harun, Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Republik Rakyat China, Algernon Yau serta wakil-wakil daripada Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur.

Related Posts

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

KUCHING – Hubungan antara kesihatan awam, reka bentuk bandar dan persekitaran binaan perlu diberi perhatian dalam merancang pembangunan bandar yang lebih sihat, mampan dan mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Perkara itu antara penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA