Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan mencampurkannya bersama pewarna sebelum dijual semula sebagai minyak masak terpakai pada harga lebih tinggi.

Suspek berusia 51 tahun itu ditahan dalam serbuan di tiga premis berasingan menerusi Ops Tiris 4.0 Bersepadu yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, di sempadan Pulau Pinang-Kedah, malam tadi.

Pengarahnya, S Jegan berkata, pemeriksaan di dua lokasi menemukan kira-kira 3,150 kilogram minyak masak paket bersubsidi pelbagai jenama, selain peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses minyak berkenaan.

“Modus operandi dia adalah membeli minyak paket, kemudian menggunting plastik minyak itu dan mencampurkannya dengan bahan pewarna sebelum dimasukkan ke dalam tangki untuk dijadikan minyak terpakai.

“Minyak terpakai itu kemudiannya dijual pada harga RM3.50,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang Bukit Minyak, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan antaranya menemukan sebuah kenderaan pacuan empat roda, dua bungkus plastik kosong minyak masak paket yang telah dipotong, dua bilah pisau, satu set pam bersama hos serta sebuah tangki berkapasiti 1,000 liter dan bil elektrik.

“Pemeriksaan di premis ketiga yang mempunyai lesen CSA mendapati berlaku lebihan stok minyak masak kira-kira 850 kilogram. Nilai rampasan dianggarkan RM95,000, manakala suspek kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

TAIPING – Tindakan pantas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak membawa kepada pembukaan dua kes selepas sebuah stesen minyak di daerah ini didapati menjual petrol RON95…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung