Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

SIBU – Masyarakat digesa untuk terus memperkukuh tahap kesedaran dan kepekaan terhadap isu keselamatan semasa bagi memainkan peranan efektif sebagai barisan hadapan dalam mencegah jenayah di kawasan masing-masing.

Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Mohamad Haffizie Putit berkata, keselamatan komuniti bukanlah tanggungjawab kerajaan dan agensi penguat kuasa semata-mata.

Menurut beliau, usaha tersebut sebaliknya menuntut penglibatan aktif masyarakat secara menyeluruh memandangkan golongan itu merupakan pihak yang paling hampir dengan persekitaran mereka.

“Komuniti perlu berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan dengan meningkatkan kepekaan terhadap keadaan sekeliling di samping segera menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan mencurigakan.

“Kerjasama erat antara kerajaan, agensi berkaitan dengan komuniti amat penting. Kefahaman mengenai keselamatan membolehkan komuniti mengetahui tindakan wajar yang perlu diambil apabila berdepan dengan sesuatu ancaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Keselamatan Komuniti ‘Kesedaran Diperkasa, Keselamatan Terpelihara’ di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIS) pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad Haffizie menjelaskan bahawa bentuk ancaman keselamatan kini telah melangkaui ruang fizikal dan berkembang secara meluas di platform digital.

Jelasnya, ancaman seperti penipuan dalam talian, penyalahgunaan media sosial serta aktiviti penyeludupan barangan menuntut masyarakat untuk melengkapkan diri dengan tahap literasi digital yang cemerlang.

“Keupayaan untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi atau mengambil sebarang tindakan adalah amat kritikal pada masa kini.

“Justeru, penganjuran program ini bukan sahaja memberi pendedahan mengenai bentuk ancaman semasa, malah memperkukuh sinergi antara agensi dan masyarakat dalam mewujudkan komuniti yang waspada dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Program anjuran MKN Sarawak itu berjaya menghimpunkan seramai 100 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Pengisian program turut merangkumi sesi ceramah dan perkongsian maklumat yang disampaikan oleh agensi rakan strategik yang terdiri daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM